JPJ keluar 1,415 notis saman pemandu, penumpang bas persiaran, ekspress

13 hours ago 5
Anggota JPJ memantau penumpang bas dalam Ops Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas Ekpres baru-baru ini. Gambar Fail
  • Oleh KAMARIAH KHALIDI
  • 11 September 2025, 4:10 pm

PUTRAJAYA- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sejumlah 1,415 notis saman kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar bagi tempoh 1 Julai hingga kini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,212 notis saman direkod melibatkan bas ekspres dan 203 notis saman melibatkan bas persiaran.

“Bagi kesalahan tidak pakai tali pinggang keledar membabitkan pemandu bas ekspres, sebanyak 39 saman telah dikeluarkan, manakala 45 saman pula kepada pemandu bas persiaran.

“JPJ juga mengeluarkan sebanyak 1,147 notis saman melibatkan penumpang atau kelindan bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar dan 158 saman terhadap bas persiaran.

“Sejumlah 26 notis saman turut dikeluarkan ke atas bas ekspres kerana tidak memasang tali pinggang keledar,” katanya kepada pemberita menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |