Jenazah Nur Syamira disambut hujan air mata

3 hours ago 3
Jenazah Nurul Nur Syamira selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Protan Selinsing, malam tadi.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!
  • Oleh WAT KAMAL ABAS
  • 13 September 2025, 8:36 am

BAGAN SERAI – Suasana hiba menyelubungi Masjid Nurul Jannah, Kampung Sungai Protan, Selinsing, apabila jenazah Nurul Nur Syamira Khamis, 28, tiba di pekarangan masjid itu pada pukul 8.09 malam tadi.

Lebih 50 penduduk kampung termasuk dari kawasan berhampiran hadir menunaikan solat jenazah, seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Sungai Protan untuk disemadikan.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Nur Syamira ditemui mati dengan kesan tikaman dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Taman Nona, kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Selain itu tunangnya, Ku Asyraf Ku Shuib, 30, juga maut akibat ditikam kira-kira 500 meter dari lokasi pertama.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai diserang oleh individu dikenali rapat dengan mereka. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |