ACARA terbesar HoYo FEST di Asia Tenggara yang menghimpunkan peminat Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero kembali buat kali ke-5 bermula 24 hingga 27 Julai 2025.
Sehubungan itu, HoYo FEST 2025 menjemput pemain dan peminat di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam untuk meraikan permainan HoYoverse kegemaran mereka sambil mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Acara HoYoverse berlangsung di pusat pameran di enam bandar raya. Di Malaysia, HoYo FEST 2025 berlangsung di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil, Hall 1 dan 2.
Selama empat hari, para peminat peminat HoYoverse di negara ini berpeluang mencuba pelbagai aktiviti termasuk gerai bertema berdasarkan permainan HoYoverse kegemaran mereka
Para peminat juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail dan Zenless Zone Zero. Selain berpeluang membeli barangan eksklusif HoYo FEST 2025, pengunjung boleh menyertai cabutan bertuah dan melihat barangan yang diinspirasikan oleh HoYoverse daripada pencipta kegemaran mereka di HoYo FEST’s Artist Alley.

Berikutan pengenalannya dalam HoYo FEST di Indonesia dan Vietnam pada 2024, Artist Alley HoYo FEST juga akan melakukan debut dalam setiap HoYo FEST di seluruh Asia Tenggara tahun ini.
Lazimnya diadakan dalam konvensyen Anime Comic Gaming (ACG), Artist Alley ialah platform buat artis tempatan mempamerkan dan menjual ciptaan inspirasi ACG mereka sendiri.
Di HoYo FEST 2025 juga, peminat berpeluang mendapatkan barangan yang diinspirasikan oleh HoYoverse daripada artis dan pencipta tempatan kegemaran mereka.
Acara tersebut juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali, syarikat permainan video itu membenarkan peminat mencipta barangan mereka sendiri untuk dijual!
Selain itu, dengan Segmen Pentas yang baharu, cosplayer, penghibur dan peminat boleh mempamerkan bakat mereka di pentas HoYo FEST.

Barisan artis dan penghibur yang akan tampil di setiap negara akan diumumkan pada akhir Jun ini
Tiket untuk HoYo FEST pula akan dijual bermula pukul 11 pagi, 24 Jun 2025 di laman web rasmi HoYo FEST di https://hoyo.link/wqjjLntrY
Peminat boleh memilih Pas 1 Hari, Pas Berbilang Hari atau Pas Cepat. Pemegang Pas Cepat akan menikmati kemasukan awal istimewa, item eksklusif dan akses keutamaan ke gerai dan aktiviti HoYo FEST.
Untuk butiran lanjut acara dan maklumat pembelian tiket, layari laman web rasmi HoYo FEST 2025 di https://hoyo.link/wqjjLntrY. – KOSMO! ONLINE