
- Oleh KOSMO
- 14 September 2025, 9:00 pm
JAKARTA – Seorang guru di Indonesia tular selepas menyiarkan klip video meminta ibu bapa untuk memantau anak masing-masing dalam pembelian pemadam, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @gerobakgosip menunjukkan guru itu menasihati ibu bapa selain memparmerkan mainan gasing yang diperbuat daripada pemadam.
Menurut guru itu, trend membeli pemadam untuk mencipta gasing semakin meningkat di sekolah.
Pemadam-pemadam itu akan dicantum sebelum ‘dilekatkan’ dengan stapler dan paku payung.
Rakaman itu mencatatkan lebih 667,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Itu duit kami, bukan duit anda,” kata seorang netizen.
“Pelajar boleh main apa? Telefon? Ini sebab pelajar Indonesia susah maju kerana kreativiti mereka disekat,” kata pengguna media sosial. – AGENSI