‘Dosa banyak, Allah bagi nikmat jadi jenazah masuk liang lahad’

12 hours ago 6

PETALING JAYA – Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan hanya linangan air mata yang menemani pelakon Noorkhiriah sepanjang menjadi jenazah dalam sebuah babak naskhah viral ketika ini Seribu Tahun.

Bukan tuntutan pengarah iaitu Shahrulezad, Noorkhiriah berkata babak tersebut merupakan inisiatifnya sendiri bagi menghidupkan lagi impak watak lakonannya sebagai wanita lembam Nor.

“Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad dan saya yang minta daripada Shahrulezad. Gemuruh dan ‘blur’.

“Sampai sahaja di kubur, saya ‘stuck’ dan air mata tidak berhenti mengalir.

“Ya Allah, satu sahaja pesan saya, jangan tinggalkan solat waima kita ini jahat sekali pun sekiranya ada rasa sayang dengan diri sendiri,” katanya dalam Instagram.

Tidak mampu menggambarkan perasaan yang dirasainya, pelakon dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia seni itu berkata, masuk ke liang lahad merupakan antara hadiah hebat anugerah Tuhan buat dirinya.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar dan izinkan saya masuk ke liang lahad.

“Dua hari sebelum hari jadi saya, suami hadiahkan kain kapan. Dosa banyak sampaikan Allah beri nikmat ini.

“Momen ini sangat mahal,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia juga memberi penghargaan kepada pengarah yang banyak mengajar selain memberi kesemoatan buat dirinya melalui momen hiba tersebut.

“Buat Shahrulezad, mata saya menjadu saksi betapa sukarnya abang demi drama Seribu Tahun. Terima kasih dan akan simpan rapi dalam hati.

“Semoga setiap ketukan abang menjadi saham pahala. Di mulut abang juga tidak lekang mengatakan semua ini dilakukan kerana Allah.

“Buat yang menonton dan komen, percayalah watak Nor berdiri atas izin Allah. Tanpa izin-Nya, kaku keras saya tak ke mana, terima kasih Tuhan,” ujarnya.

Difahamkan, babak masuk ke liang kahad itu adalah bagi mengebumikab Nor yang meninggal dunia akibat lepas ketika mencari akar bunga teratai di tasik.

Sebelum ini, dia berkongsi kepada umum apabila menerima hadiah set kain kafan daripada suami, Azfaizul Ahtan sempena hari jadinya yang ke-47.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Nookhiriah Ahmad Shapie menerima dengan hati terbuka hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |