CWC: Real menang, Juventus tak tahan panas

15 hours ago 5

MIAMI – Jurulatih Juventus, Igor Tudor mengakui kepenatan menjadi punca utama pasukannya gagal melangkah ke pusingan suku akhir selepas tewas 0-1 kepada Real Madrid dalam aksi kalah mati Piala Dunia Kelab awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, hasrat The Old Lady untuk menjadi wakil Itali mara ke kelompok lapan pasukan terbaik tidak kesampaian selepas penyerang muda Real, Gonzalo Garcia meledak gol tunggal perlawanan.

Menurut Tudor, cuaca panas di atas padang telah menyebabkan pemainnya gagal beraksi seperti biasa sehingga hampir 10 pemain mahu digantikan atas faktor kepenatan.

“Cuaca kali ini cukup panas dan pemain tidak larat untuk terus beraksi buat pasukan. Hampir 10 pemain mahu dikeluarkan dan saya faham situasi ini kerana mereka mengharungi musim yang panjang.

PARA pemain Juventus menunjukkan reaksi kecewa selepas tewas tipis 0-1 kepada Real awal pagi tadi. – AFP

“Namun, saya tidak mahu menyalahkan pemainkerana mereka sudah berikan segalanya tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya. Sekarang adalah masa untuk berehat sebelum fokus pada aksi pramusim nanti,” katanya.

Sementara itu, pengarah kelab, Damien Comolli mendedahkan pihak pengurusan akan memulakan proses menjual beli pemain selepas Dusan Vlahovic, Timothy Weah dan Samuel Mbangula dikaikan dengan perpindahan pada jendela kali ini.

“Sekarang bukan masa tepat untuk katakan mengenai perpindahan tetapi kami akan meneliti beberapa perkara dalam usaha mengukuhkan pasukan menjelang musim baharu yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |