Budak 12 tahun lemas terjatuh dalam loji ketika memancing

15 hours ago 7
Anggota bomba melaksanakan operasi menyelamat kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Loji Air Taman Widuri Indah, petang tadi. Foto IHSAN BOMBA
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 8 Mac 2026, 9:41 pm

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air ketika memancing bersama dua adik lelakinya di Loji Air Taman Widuri Indah, di sini petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Hamlan Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.22 petang sebelum sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa berjaya ditemukan pada pukul 2.59 petang menggunakan peralatan cangkuk besi (grappling iron) namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa pergi ke lokasi berkenaan untuk memancing bersama dua adiknya yang berusia 10 tahun, tidak jauh dari rumah mereka.

“Ketika kejadian, adik mangsa cuba menyelamatkannya namun tidak berjaya selepas kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ke dalam loji air sedalam kira-kira 4.57 meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |