127 tong gas disita, stor haram diserbu

4 hours ago 5
PEGAWAI KPDN menjalankan serbuan ke atas sebuah stor tidak berlesen menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu, di Jalan Kuala Sawah, hari ini. FOTO Ihsan KPDN.
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 24 Jun 2026, 9:02 pm

SEREMBAN – Sebanyak 127 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai kira-kira RM16,000 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam serbuan ke atas sebuah stor haram menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu, di Jalan Kuala Sawah hari ini.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pemeriksaan di premis itu menemukan 127 tong LPG berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 50kg selain beberapa dokumen berkaitan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan itu.

“Semua barangan terbabit disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |