OE Resort terima Anugerah Penghargaan Syarikat Cemerlang Cahaya Negeri Sembilan

1 hour ago 2

PETALING JAYA – OE Resort, sebuah destinasi pelancongan terkenal dengan hab penganjuran team building, telah menerima Anugerah Penghargaan Syarikat Cemerlang Cahaya Negeri Sembilan yang  disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu majlis baru-baru ini.

Anugerah ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada resort tersebut kerana sumbangannya dalam pembangunan organisasi dan pembangunan pasukan korporat.

Pengasas OE Group, Datuk Dr. Calvin Khiu berkata, sejak ditubuhkan, resort tersebut telah memberi tumpuan kepada pelbagai  syarikat untuk menangani cabaran dalam memperkasa modal insan dan mengukuhkan motivasi dalam kalangan para pekerja tidak kira syarikat korporat, agensi kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana.

Resort bersesuaian untuk syarikat yang mengalami masalah berhubung kekurangan semangat berpasukan, penurunan produktiviti, masalah komunikasi antara jabatan, pembangunan kepimpinan dan pembinaan budaya organisasi yang kukuh.

“Ramai menganggap program team building hanyalah aktiviti riadah atau pengukuhan hubungan tetapi  bagi syarikat yang berjaya, team building merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan organisasi,” katanya dalam kenyataan.

Khiu menjelaskan, sebagai destinasi resort team building nombor satu di Malaysia, OE Resort bukan sekadar menyediakan lokasi dan kemudahan, malah menawarkan penyelesaian pembangunan organisasi yang menyeluruh.

Sehingga kini, syarikat-syarikat ternama seperti KPMG, Maybank, Maxis, Zurich, SOCSO, U Mobile dan Lenovo telah memilih OE Resort sebagai lokasi program pembangunan pasukan dan latihan organisasi mereka.

“Siapa yang memiliki pasukan yang lebih kuat, budaya kerja yang lebih sihat dan tahap pelaksanaan yang lebih tinggi, akan mempunyai kelebihan untuk membina masa depan yang lebih kukuh,” katanya.

Tambah beliau, misi penubuhan OE Resort bukan sekadar membangunkan sebuah resort, tetapi membina sebuah platform yang membantu syarikat berkembang, memperkukuhkan pasukan dan meningkatkan keupayaan organisasi. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |