
- Oleh KOSMO!
- 13 September 2025, 9:21 am
PETALING JAYA – Beberapa lebuh raya utama dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas pagi ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti panjang sempena sambutan Hari Malaysia.
Menerusi tinjauan kamera litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Rawang Selatan.
Di bahagian selatan, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan melibatkan kawasan Nilai dan Port Dickson.
Selain itu, arah ke Pantai Timur pula, kesesakan turut dilaporkan turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Aliran trafik mula perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke Genting Sempah berikutan peningkatan jumlah kenderaan keluar dari ibu negara sejak pagi tadi. – KOSMO! ONLINE