
- Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
- 15 September 2025, 10:19 am
TANJUNG MALIM – Hujan lebat secara berterusan di Kampung Simpang 4 Dalam di sini sejak malam tadi menyebabkan berlalunya bencana banjir.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, setakat ini, 20 penduduk kampung masih terperangkap di kediaman masing-masing.
Katanya, operasi menyelamat kesemua mangsa tersebut sedang giat dijalankan oleh 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi bencana.
Tambah beliau, paras air tidak menunjukkan sebarang penurunan dan pihaknya memantau dengan serius perkembangan mutakhir tersebut. – KOSMO! ONLINE