IINDUSTRI perfileman Bollywood tidak pernah ketandusan bintang-bintang yang hadir dengan pakej kejelitaan paras rupa, tubuh menawan dan bijak di hadapan kamera.

Mana tidaknya, kebanyakan pelakon popular di Bollywood merupakan bekas ratu cantik yang meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.Minggu ini HibGlam senaraikan 10 bintang terkenal Bollywood yang merupakan bekas penyandang gelaran ratu cantik di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sushmita Sen
Menjadi pemenang pertama Miss Universe dari India pada tahun 1994 membuatkan nama Sushmita begitu popular di negaranya. Selepas habis menjalankan tanggungjawabnya sebagai ratu cantik, Sushmita terus dilamar menjadi pelakon Bollywood. Antara filem popular lakonannya adalah Biwi No. 1 dan Main Hoon Na.
Dia Mirza
Jelitawan ini merupakan pemenang Miss Asia Pasific 2000. Dia, Lara dan Priyanka digelar sebagai trio ratu cantik terhebat India apabila ketiga-tiga mereka berjaya membawa pulang mahkota peringkat antarabangsa buat India. Antara filem lakonan Dia adalah Deewanapaan dan Sanju.
Lara Dutta
Bergelar Miss Universe 2000 menjadikan Lara Dutta pemenang pertama trofi tersebut pada era milenium. Sehingga hari ini, jawapan Lara di pentas Miss Universe masih disifatkan antara jawapan terbaik dalam sejarah penganjuran. Tidak lama selepas bergelar Miss Universe, Lara ditawarkan watak utama dalam filem Andaaz bersama Akshay Kumar.
Priyanka Chopra
Sama seperti Lara Dutta, Priyanka juga mengharumkan nama India apabila memenangi mahkota Miss World 2000. Hubungannya bersama Lara masih akrab sehingga hari ini. Malah, kedua-dua mereka memulakan debut di Bollywood menerusi filem yang sama iaitu Andaaz. Kini Priyanka mencipta nama bukan sahaja di Bollywood malah sehingga ke Hollywood. Antara filem popular lakonannya adalah Don, Krishh dan Bajirao Mastani.
Aishwarya Rai
TEWAs kepada Sushmita Sen dalam pertandingan ratu cantik peringkat nasional, bintang Devdas, Aishwarya Rai berjaya meraih gelaran Miss World 1994 iaitu tahun sama Sushmita bergelar Miss Universe.
Manushi Chhillar
PERNAH bercita-cita menamatkan pengajian perubatan dan menjadi doktor, gelaran Miss World 2017 membuka laluan buat Manushi Chhillar menyertai dunia Bollywood dan debut menerusi filem Samrat Prithviraj di samping Akshay Kumar.
Jacqueline Fernandez
BUKAN beras, namun Jacqueline Fernandez kini menempa nama di Bollywood merupakan penyandang gelaran Miss Universe Sri Lanka 2006. Antara filem lakonannya termasuklah Kick, Housefull dan Judwaa 2.
Harnaaz Sandhu
Paling junior dalam kalangan bekas ratu cantik otai yang lain. Harnaaz Sandhu merupakan pemenang Miss Universe 2021. Sebelum bergelar Miss Universe, dia sudah berjinak dengan dan 2025 bakal menyaksikan debut Harnaaz apabila dia disunting untuk membintangi francais filem popular, Baaghi 4 di samping Tiger Shroff.
Zeenat Aman
Legenda filem Bollywood ini merupakan pemenang Miss Asia Pasific 1970. Tidak lama selepas bergelar ratu cantik, Zeenat memulakan langkah dalam bidang lakonan dan terus bertahan sehingga hari ini. Antara filem popular lakonannya adalah Yaadon Ki Baaraat dan Don (1978).