PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga nasi lemak yang dikenali sebagai Roslie membantu seorang pemuda yang kononnya tidak mempunyai wang untuk makan mendapat pujian netizen selepas momen itu tular di media sosial.
Menerusi hantaran video oleh pempengaruh @Vain Liew di TikTok, dia berlakon sebagai individu yang tidak berduit dan menghampiri gerai nasi lemak Roslie.
Tanpa berfikir panjang, peniaga itu terus menawarkan makanan secara percuma.
“Ambil je makan dulu, saya belanja,” katanya dengan ikhlas sambil menyerahkan sepinggan nasi lemak lengkap kepada pemuda tersebut.
Roslie yang turut menjalankan perniagaan burger turut berkongsi keadaan perniagaannya kini agak perlahan.
“Dulu meniaga okay, sekarang perlahan sikit sebab kedai-kedai lain dah tutup, jadi kurang meriah,” ujarnya.
Sejurus selepas itu, Vain Liew tampil mengejutkan Roslie dengan menyerahkan wang tunai sebanyak RM1,000 sebagai tanda penghargaan.
Walaupun kelihatan terkejut dan teragak-agak untuk menerimanya, Roslie akhirnya akur dan menerima pemberian itu dengan seikhlas hati.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Dia bagi nasi lemak lengkap, siap ada ayam”, ujar @Bunga.
“Dulu pernah kerja dengan abang ni di carwash Cheras Jaya, memang baik orangnya,” Komen @H. – KOSMO! ONLINE
@thevainliewMungkin inilah maksud kekayaan hati ❤️ Internet bertemu Abang Roslie. Abang Roslie bekerja dengan semangat gigih, menjual nasi lemak di tepi Jalan Sri Kenari Utama, Kajang, supaya dapat memberi kehidupan yang selesa kpd family dia. However, disebabkan perkembangan pesat di tempat lain dan shifting consumer demands, semakin kurang orang yang melalui jalan tempat dia bekerja. Ini amat menjejaskan jualan nasi lemak Abang Roslie. Di sebalik semua cabaran yang dihadapi oleh Abang Roslie, dia tetap kekal hati yang mulia, dan membantu orang yang memerlukan pada bila2 masa.♬ original sound – Vain Liew