[VIDEO] Lelaki dalam video tular di KLCC bukan samseng jalanan

4 weeks ago 20

PETALING JAYA – Satu rakaman video memaparkan seorang pelancong asing menemubual lelaki tempatan dengan berlatarbelakangkan aksi mat rempit berhampiran KLCC tular di aplikasi TikTok, Ahad lalu.

Video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik pada 17 Ogos lalu sekitar pukul 2 pagi di persimpangan Jalan Ampang–Jalan Yap Kwan Seng dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, siasatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati lelaki tempatan yang ditemubual tersebut tidak terbabit dengan kegiatan samseng jalanan, sebaliknya hanya berada di lokasi ketika rakaman dibuat.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sentiasa menjalankan operasi bersepadu seperti Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan bagi membanteras aktiviti berbahaya itu di sekitar Kuala Lumpur.

“Di kawasan Jalan Ampang berhampiran KLCC sahaja, kita berjaya menyita 129 motosikal kerana pelbagai kesalahan ubah suai, selain menahan lapan individu di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Lima lagi ditahan kerana memiliki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menjadikan lokasi tumpuan di ibu kota sebagai tempat berkumpul untuk aktiviti haram yang boleh mengganggu ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE

@nicksmithfilm Replying to @Encik NPC Behind the scenes #matrempit #kualalumpur #bikelife ♬ original sound – nicksmithfilm
Read Entire Article
Pertanian | | | |