[VIDEO] Ibu pitam lihat anak kaku tepi lampu isyarat

1 week ago 12

SEREMBAN – Seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang mangsa yang maut di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, dilihat pitam beberapa ketika tiba di kawasan kejadian di sini malam tadi.

Video berdurasi 37 saat memaparkan detik sedih dan hiba itu tular di media sosial apabila wanita itu bertanyakan keberadaan anaknya yang menjadi mangsa nahas itu.

“Mana (lokasi anaknya setelah terbabit nahas)… mati ke,” sambil ditenangi ahli keluarga, pasukan polis dan orang ramai di lokasi nahas tersebut.

Individu yang merakam detik tersebut turut menzahirkan emosi sedihnya dengan bertakbir Allahuakhbar.

Selain video penuh beremosi itu, turut tular video berdurasi 33 saat di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu terlalu laju menghampiri lampu isyarat sebelum terdengarnya bunyi dentuman kuat perlanggaran.

Difahamkan, dalam kejadian yang sama dua beradik lelaki turut mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta dan dua buah motosikal.

Dalam kejadian tersebut, dua maut, manakala empat yang lain mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke HTJ.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Paroi.

Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta Honda Jazz dipercayai telah gagal berhenti di lampu isyarat warna merah lalu melanggar dua buah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri. – KOSMO! ONLINE

@myberitaonlineDikatakan seorang wanita, dipercayai ibu kepada mangsa terus pitam bila sampai di lokasi. Berita selanjutnya menyusul. 🎞️ Haziq Adli Zulkiflee

♬ Tragic Story – Scorpiano

Read Entire Article
Pertanian | | | |