[VIDEO] Doktor muda didakwa bunuh isteri, anak

2 days ago 7
Seorang doktor Tong Hong di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isteri dan anaknya berumur empat tahun di Mahkamah Majistret, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 16 Januari 2026, 11:07 am

JOHOR BAHRU – Seorang doktor muda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak tunggal berusia 4 tahun di sebuah kediaman di Bandar Dato’ Onn, 30 Disember tahun lalu.

Tertuduh, Chia Tong Hong, 33, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan tiga majistret berasingan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Berita lanjut menyusul.

Read Entire Article
Pertanian | | | |