[VIDEO] ‘Ada gambar saya dan video perempuan mengandung’

5 days ago 14

PETALING JAYA – Seorang wanita bersama keluarganya melalui pengalaman buruk apabila dia bukan sahaja diekori lelaki tidak dikenali, malah gambarnya turut dirakam individu berkenaan ketika sedang membeli-belah di Mydin Seremban 2.

Menerusi satu hantaran video di platform X oleh pemilik akaun @kamaghul, kejadian bermula di sekitar pasar raya berkenaan apabila seorang lelaki berbaju kuning dilihat seolah-olah merakam mereka sekeluarga.

“Masuk dalam Mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk sekali. Tapi bila ke bahagian lain pun masih ikut. Obvious (jelas) sangat,” katanya.

Wanita itu ditemani suaminya kemudian bertindak berani dengan menghampiri lelaki tersebut.

Pemeriksaan ke atas telefon milik lelaki itu kemudian menemui pelbagai gambar wanita, khususnya yang sedang mengandung dan berpurdah.

“Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Taste memang dengan orang mengandung,” jelasnya.

Lelaki itu didakwa mengaku bahawa dia mempunyai kecenderungan untuk merakam wanita mengandung sebagai ‘stok’ untuk kepuasan peribadi.

Tambahnya lagi, dia turut memberitahu bahawa tabiat itu telah lama dilakukan tanpa disedari oleh mangsa.

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang resah dengan isu keselamatan dan gangguan seksual yang tidak disedari, walaupun di tempat orang ramai.

“Pergi jogging tak selamat, pergi pasaraya pun tak selamat, tak kira umur sekarang kita kena selalu berjaga-jaga. Bawak anak-anak lagi la.. risau betul,” komen @Mast851.

“Kadang-kadang tahu seseorang tu bersalah dengan tengok cara dia bereaksi. Kalau betul-betul tak buat mesti lain cara dia respon kat akak ni,” komen @Josephbenjamin.- KOSMO! ONLINE

Nak pergi mana-mana pun bahaya sekarang ni sebab ramai manusia pervert dekat luar sana. Umur baru 20 tahun tapi nampak betul gila seks dia 😅 pic.twitter.com/rn4wD8COmm

— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 21, 2025

Read Entire Article
Pertanian | | | |