PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan empat kanak-kanak mandi dan bermain di dalam sebuah saliran air di Seksyen 25, Shah Alam mengundang kebimbangan orang ramai.
Ini kerana dakwa mereka, tindakan kanak-kanak tersebut boleh mendatangkan insiden buruk seperti yang berlaku di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim, Kedah kelmarin.
Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @Mr.hazz22, berkata, aksi kanak-kanak terbabit sama seperti kejadian di Kulim kelmarin.
“Budak nakal main parit sama kes di Taman Desa Kayangan, Karangan, Kulim, Kedah. Bakal berulang tragedi ni tak sampai 24 jam kalau aku tak cegah ni. Di jambatan Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor,” tulis individu itu.
Menerusi klip video yang dikongsi individu terbabit, kelihatan kumpulan kanak-kanak terbabit sedang bermain di dalam sebuah saliran yang terletak berhampiran kunci air.
Lebih membimbangkan kata individu itu, lokasi terbabit adalah kawasan yang kerap berlakunya banjir, sekali gus boleh mengundang bahaya sekiranya aktiviti kanak-kanak itu tidak dicegah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyokong tindakan individu itu yang telah memarahi kumpulan kanak-kanak itu agar segera beredar dari parit berkenaan.
“Bagus bang, marah kan je. Mereka ni tak sayang nyawa betul, esok da mati dalam kunci air mak pak sedih la, apa la. Terima kasih bang marahkan mereka,” tulis @Pipibard.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Aifizah.
“Suka dengan masyarakat macam ni, perasaan macam orang tua dulu-dulu. Anak siapa pun kalau buat benda tak betul, semua ditegurnya,”ujarnya.
Terdahulu, dalam kejadian di Kulim kelmarin, empat kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika mahu mengambil bola.
Dua mangsa berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi masing-masing berusia lapan dan 10 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – KOSMO! ONLINE
@mr.haz22 BUDAK NAKAL MAIN PARIT SEBIJIK KES DI TAMAN DESA KAYANGAN KARANGAN KULIM KEDAH, BAKAL BERULANG TRAGEDI NI TAK SAMPAI 24 jam kalau Aku tak CEGAH ni di Jambatan Sri Muda seksyen 25 Shah Alam Selangor #lemasparit #tragedilemaskulimkedah #pantauanakanda ♬ bunyi asal – Mr.haz22
6 hours ago
6











![[VIDEO] Serangan dron ke Mekah dipatahkan, jemaah umrah selamat – PU Rahmat](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/dc9c72ee-7d6b-4c43-b6dd-50b18e33db9b.jpeg)































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





