PUTRAJAYA – Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 17 hingga 23 September naik sebanyak 35 sen iaitu daripada RM4.92 kepada RM5.27 seliter.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, RON95 juga naik sebanyak 35 sen daripada RM4.02 kepada kepada RM4.37 seliter.
Sementara itu, RON97 juga naik 35 sen daripada RM4.50 kepada RM4.85 seliter.
“Ketegangan di Asia Barat memuncak selepas 200 hari konflik. Iran menyerang 10 kapal berhampiran Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas lima kapal tangki Iran.
“Serangan turut merebak ke Yaman dan infrastruktur tenaga Arab Saudi. Trafik kapal melalui Selat Hormuz merosot ke paras satu angka susulan peningkatan serangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.
Menurut MOF, keadaan bertambah buruk apabila serangan dron menyebabkan operasi saluran paip East-West Arab Saudi, antara laluan utama yang memintas Selat Hormuz, dihentikan sementara.
“Rundingan antara Iran dan negara-negara Teluk mengenai keselamatan laluan perkapalan turut ditangguhkan.
“Perkembangan ini mendorong harga minyak mentah Brent kembali melepasi AS$100 setong dan mencecah hampir AS$110 setong dalam tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism,” katanya.
Pada masa sama, margin penapisan kekal tinggi susulan gangguan kapasiti penapisan di Rusia.
Kata Kementerian Kewangan, kekangan bekalan minyak mentah serta gangguan kapasiti penapisan terus mengehadkan output produk petroleum bertapis, sekali gus memberi tekanan kepada harga petroleum dunia.
“Peningkatan ketegangan di Asia Barat serta konflik Rusia-Ukraine berisiko menyebabkan ketidaktentuan harga petroleum berlarutan dalam tempoh mendatang.
“Kerajaan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar Budi Madani bagi pengguna yang layak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
10
![[VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/parit.jpeg)










![[VIDEO] Serangan dron ke Mekah dipatahkan, jemaah umrah selamat – PU Rahmat](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/dc9c72ee-7d6b-4c43-b6dd-50b18e33db9b.jpeg)































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





