KUALA LUMPUR – Kehadiran calon muda yang akan bertanding pada kongres pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khamis ini menjadi peluang terbaik untuk mendapatkan idea lebih segar.
Tanpa menafikan buah fikiran ‘orang lama’, idea yang bakal diketengahkan calon muda juga wajar dipertimbangkan bagi menjadikan perjalanan FAM seiring dengan kehendak masa kini.
Merubah corak perbelanjaan menjadi antara agenda yang mahu dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus sekiranya terpilih untuk mengisi jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM.
Faliq berpendapat masa depan bola sepak Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada budaya perbelanjaan jangka pendek, suntikan dana pemilik atau pun kerajaan semata-mata.
Bagi kelab profesional, asas kewangan kukuh yang dihasilkan menerusi pembangunan sumber pendapatan dan perancangan jangka panjang supaya mampu bertahan serta berkembang secara mampan.
“Bola sepak Malaysia perlu beralih daripada budaya perbelanjaan jangka pendek kepada pengurusan kewangan yang lebih bertanggungjawab, pembangunan pendapatan dan perancangan jangka panjang.
“Kelab tidak boleh hanya bergantung kepada pemilik, kerajaan atau suntikan dana tahunan. Kita perlu membina ekosistem kelab yang lebih kukuh dan mampan,” katanya yang akan bersaing dengan empat lagi calon merebut jawatan Exco FC .
Sementara itu, calon Exco FA, Mohd Faizul Mohd Nor nekad membawa gabungan pengalaman sebagai bekas pemain dan pengurusan lebih sedekad sebagai ‘modal’ dalam usaha perkasakan pembangunan akar umbi dan bakat muda negara.
Mohd Faizul menjelaskan, pengalaman sebagai pemain memberi beliau perspektif berbeza mengenai keperluan pembangunan pemain, manakala pengalaman menguruskan kelab pula membantu beliau memahami cabaran sebenar yang dihadapi dalam ekosistem bola sepak tempatan.
“Fokus utama saya adalah pembangunan bakat muda, melahirkan pemain berkualiti untuk masa depan negara. Saya mahu pengalaman yang ada di peringkat Kuala Lumpur ini dibawa ke peringkat lebih luas supaya pembangunan akar umbi dapat diperkasakan dan menjadi asas kepada masa depan bola sepak Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

18 hours ago
8





![[VIDEO] Serangan dron ke Mekah dipatahkan, jemaah umrah selamat – PU Rahmat](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/dc9c72ee-7d6b-4c43-b6dd-50b18e33db9b.jpeg)





































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





