PETALING JAYA – Menu sardin cukup popular dalam hidangan keluarga bukan sahaja daripada golongan kurang berkeupayaan tetapi juga latar belakang mewah yang menjadikan ia sebagai salah satu masakan menarik, mudah dimasak serta lazat.
Mengikut kreativiti tukang masak ataupun orang bujang, menu sardin memiliki keunikan rasanya tersendiri yang boleh di makan untuk apa sahaja hidangan, di mana sahaja mereka berada dan juga pada pada bila bila masa.
Bersandarkan kepada faktor populariti itu, Ayam Brand telah melancarkan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin dalam Sos Tomato Cili yang baharu yang menambah rasa unik kepada para peminatnya.
Melalui pelancaran kedua-dua varian ini, ia akan menawarkan lebih banyak cara untuk rakyat menikmati hidangan kesukaan mereka.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, kedua-dua varian baharu ini sesuai dijadikan bahan utama dalam pelbagai resipi kegemaran seluruh generasi yang mana ia boleh dihidangkan terus dari tin, dinikmati bersama nasi atau roti, atau diolah menjadi resipi istimewa keluarga.

“Sardin sememangnya mempunyai tempat yang istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia; ia merupakan sebahagian daripada budaya makanan kita.
“Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmati sardin, daripada hidangan ringkas hingga resipi istimewa keluarga yang diwarisi turun-temurun.
“Perisa baharu kami diinspirasikan oleh kreativiti tersebut, dan kami mahu meraikannya dengan memberi rakyat Malaysia peluang yang lebih luas untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera dan tradisi masing-masing,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas menggabungkan keenakan sardin goreng yang menyelerakan dengan rasa kicap manis bercili yang pedas dan manis manakala Sardin Dalam Sos Tomato Cili pula menggabungkan keenakan rasa sos tomato yang digemari ramai dengan kepedasan cili yang membangkitkan selera.
Kedua-dua varian ini boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan asas untuk pelbagai masakan di rumah, sekali gus menawarkan kemudahan tanpa menjejaskan keenakan rasa.
Tambah beliau, seperti semua produk Ayam Brand yang lain, kedua-dua varian sardin baharu ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, selain membekalkan Omega-3 dan tinggi protein secara semula jadi.
Selain itu, bersempena pelancaran produk baharu ini, Ayam Brand menganjurkan peraduan peringkat kebangsaan yang sedang berlangsung hingga 31 Oktober 2026 yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM150,000.
Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa sebuah Proton e.MAS 5, selain hadiah wang tunai, air fryer dan kredit e-Wallet. -KOSMO! ONLINE

11 hours ago
12
![[VIDEO] ‘4 kanak-kanak leka bermain dalam saliran air, bimbang tragedi Kulim berulang’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/parit.jpeg)










![[VIDEO] Serangan dron ke Mekah dipatahkan, jemaah umrah selamat – PU Rahmat](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/dc9c72ee-7d6b-4c43-b6dd-50b18e33db9b.jpeg)































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





