Trend ‘parenting’ selamat: Finnish Baby Box Mamaway percuma untuk ibu bapa

8 hours ago 6

PETALING JAYA – Ramai ibu bapa baharu di Malaysia memilih untuk tidur bersama bayi mereka pada minggu-minggu awal kelahiran.

Walaupun amalan ini membantu memudahkan penyusuan dan mengeratkan hubungan, ia juga boleh mendatangkan risiko yang tidak disedari. Beberapa kes tragis yang dilaporkan sejak kebelakangan ini menjadi peringatan bahawa bayi memerlukan ruang tidur yang benar-benar selamat sejak hari pertama.

Prihatin terhadap isu ini, Mamaway Malaysia memperkenalkan kempen Finnish Baby Box, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat nasional yang berlangsung sepanjang tahun.

Kempen ini menyediakan baby box Mamaway percuma kepada ibu hamil dan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, dengan tujuan mewujudkan permulaan hidup yang lebih selamat dan tenteram untuk setiap bayi.

Diinspirasikan daripada amalan dari negara Finland yang terkenal di peringkat antarabangsa, baby box versi Mamaway direka sebagai ruang tidur mudah alih yang kukuh, kemas, dan memberikan ruang untuk bayi bernafas baik lantas mengurangkan risiko yang timbul ketika tidur bersama di katil dewasa.

Selain digunakan ketika tidur di waktu malam, baby box ini juga boleh dijadikan ruang rehat bayi yang praktikal ketika ibu sedang memasak, mengemas atau bekerja dari rumah.

“Keibubapaan bukan tentang berapa banyak wang yang dibelanjakan, tetapi tentang mengetahui cara yang betul.

“Mamaway ibarat satu jaring keselamatan. Jika anda melalui fasa ini, kami tidak akan biarkan anda jatuh,” kata Pengasas Mamaway, Deborah Liu.

Ibu hanya perlu membawa Buku Pink ke cawangan-cawangan Mamaway di IOI City Mall Putrajaya, Bellisa Row Pulau Pinang, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, Setia Tropika Johor Bahru atau Mid Valley Southkey Johor Bahru untuk membuat penebusan.

Selama 20 tahun, Mamaway telah menjadi jaring keselamatan untuk para ibu; mencipta produk, ruang dan ilmu yang mengurangkan cabaran keibubapaan, serta menawarkan sokongan tulus di setiap langkah perjalanan. Dari awal kehamilan hingga ke alam keibubapaan, Mamaway sentiasa bersama.

Ibu hamil hanya perlu membawa Buku Pink ke cawangan Mamaway di IOI City Mall Putrajaya, Bellisa Row Pulau Pinang, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, Setia Tropika Johor Bahru atau Mid Valley Southkey Johor Bahru untuk menebus baby box mereka.

Sebagai tambahan, bakal ibu juga boleh mendapatkan tilam hydrofoam pada harga diskaun 50 peratus dengan sebarang pembelian. Tilam gred perubatan hipoalergenik dan tidak bertoksik tersebut telah melalui 223 ujian ketoksikan SGS mengikut piawaian Eropah, memastikan bayi tidur dalam keadaan lebih selamat dan selesa.

Sementara itu, ibu baru bersalin dengan bayi berusia bawah dua bulan turut boleh menebus baby box bersama tilam dengan tawaran yang sama, menjadikannya pilihan yang lebih selamat dan mampu milik untuk permulaan kehidupan bayi.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman web rasmi Mamaway (https://my.mamaway.com/), atau di Facebook (@MamawayMalaysia), dan Instagram (@mamawaymy). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |