Pendaki cedera di kepala jatuh di Bukit Batu Condong

2 hours ago 1
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat terjatuh semasa mendaki bukit.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 26 Oktober 2025, 2:16 pm

AMPANG – Seorang lelaki berusia 29 tahun cedera di bahagian kepala selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Batu Condong, Kampung Kemensah di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.56 pagi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dengan kekuatan satu jentera FRT dan sebuah pacuan empat roda Hilux telah bergegas ke lokasi kejadian sejauh 12 kilometer, dan tiba pada pukul 12.06 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat terjatuh semasa membuat pendakian bukit.

“Kerja-kerja membawa turun mangsa sedang dilakukan dan mangsa masih dalam keadaan sedarkan diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |