ASEAN ke-47: Anwar terkejut, Trump ‘teruja’ langgar protokal

3 hours ago 1
[3:44 PM, 10/26/2025] Hatta Kosmo: ASEAN ke-47: Anwar terkejut, Trump 'teruja' langgar protokal Oleh TEAM ASEAN SUMMIT KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Pesiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melanggar protokol keselamatan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi. Menurut Anwar, Trump secara berbesar hati telah menjemputnya untuk menaiki kenderaan bersama bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. Anwar turut berseloroh dengan menyatakan pemimpin yang berani memperjuangkan keamanan perlu melanggar beberapa peraturan untuk mencapai matlamat tertentu. "Ketika ketibaan (Trump), beliau jemput saya untuk naik kenderaan bersamanya. Saya kata, itu bertentangan dengan peraturan keselamatan dan protokol. "Namun beliau berasa teruja untuk melanggar peraturan itu dan perjalanan kami menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Kemboja-Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEA ke-47, di sini hari ini. Namun begitu, Anwar berkata, momen tersebut memberikan beliau peluang untuk berkongsi pandangan dua hala mengenai pelbagai isu global termasuk konflik di Gaza. "Mendengar sendiri tekad beliau (Trump) dalam memastikan keamanan di kawasan yang paling sukar dan berkonflik amat mengagumkan. "Apa yang kelihatan hampir mustahil, beliau buktikan boleh dicapai dengan keberanian, empati dan keazaman yang tinggi," ujarnya. - KOSMO! ONLINE [3:46 PM, 10/26/2025] Hatta Kosmo: Anwar menaiki kenderaan rasmi yang membawa Trump ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. IHSAN SEKRETARIAT ASEAN
  • Oleh TEAM ASEAN SUMMIT
  • 26 Oktober 2025, 3:58 pm

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Pesiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melanggar protokol keselamatan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Menurut Anwar, Trump secara berbesar hati telah menjemputnya untuk menaiki kenderaan bersama bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Anwar turut berseloroh dengan menyatakan pemimpin yang berani memperjuangkan keamanan perlu melanggar beberapa peraturan untuk mencapai matlamat tertentu.

“Ketika ketibaan (Trump), beliau jemput saya untuk naik kenderaan bersamanya. Saya kata, itu bertentangan dengan peraturan keselamatan dan protokol.

“Namun beliau berasa teruja untuk melanggar peraturan itu dan perjalanan kami menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Kemboja-Thailand sempena Sidang Kemuncak ASEA ke-47, di sini hari ini.

Namun begitu, Anwar berkata, momen tersebut memberikan beliau peluang untuk berkongsi pandangan dua hala mengenai pelbagai isu global termasuk konflik di Gaza.

“Mendengar sendiri tekad beliau (Trump) dalam memastikan keamanan di kawasan yang paling sukar dan berkonflik amat mengagumkan.

“Apa yang kelihatan hampir mustahil, beliau buktikan boleh dicapai dengan keberanian, empati dan keazaman yang tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |