Sumud Flotilla: Tentera Israel ceroboh masuk kapal Alma, Sirius

2 weeks ago 18
Paparan tangkap layar dari video secara langsung perjalanan konvoi GSF.
  • Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
  • 2 Oktober 2025, 3:08 am

SEPANG- Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan menerima laporan mengenai dua kapal Global Sumud Flotilla (GSF) telah diceroboh masuk Tentera Israel kira-kira pukul 2.40 pagi tadi.

Menurut SNCC, kapal terlibat ialah Alma dan Sirius yang mana turut dinaiki oleh tujuh orang sukarelawan Malaysia.

Berdasarkan paparan dipaparkan pada sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara setakat pukul 2.50 pagi tadi, kapal Alma dinaiki oleh Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil.

Manakala, kapal Sirius pula dinaiki Haikal Abdullah, Muaz Zainal dan Zulfadhli.

Terdahulu, SNCC mengeluarkan laporan telah terputus hubungan dengan sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ketika dalam pelayaran memasuki zon merah 2 sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |