Hujan lebat di KL, Selangor hingga tengah hari

6 hours ago 2
Gambar hiasan
  • Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
  • 16 Disember 2025, 9:47 am

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah sehingga pukul 12 tengah hari ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor termasuk Kuala Lumpur.

“Hujan turut diramal berterusan berlaku di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Di Sabah, cuaca sama melanda Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat). –KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |