Sumud Flotilla: Konvoi berjaya lintas zon merah

2 weeks ago 19
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby menunjukkan paparan konvoi GSF yang berjaya melintasi zon merah pada pukul 9.40 malam tadi.
  • Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
  • 1 Oktober 2025, 10:03 pm

SEPANG- Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin kini dilaporkan sudah berjaya melintasi zon merah kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

Maklumat berkenaan diperoleh berdasarkan pemerhatian Kosmo! terhadap sistem Tracker Untuk Sumud Nusantara yang dipaparkan secara langsung di Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di sini sebentar tadi.

Selepas berjaya memasuki zon merah 3, konvoi akan berlayar melintasi zon merah 2 dan zon merah 1 yang disifatkan sebagai antara fasa kritikal dalam misi tersebut.

Untuk rekod, jarak zon merah dengan Gaza ialah kira-kira 100 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |