Gambar hiasan
- Oleh NUR HUDA MUSA
- 5 Januari 2026, 12:24 pm
PETALING JAYA – Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 akan dikreditkan seawal 9 Januari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 pula sebanyak RM500 akan dikreditkan bermula 20 januari ini.
Katanya, bagi tahun lalu sumbangan Sara diambil atau digunakan oleh 96 peratus rakyat mencecah hampir RM2.1 juta.
“Yang tidak berbelanja ada RM150 juta tidak digunakan oleh penerima dan akan diagihkan kepada penghuni pusat perlindungan seperti mangsa keganasan rumah tangga, pelajar OKU dan berkeperluan khas, perubatan pesakit miskin dan dapur siswa sebanyak RM15 juta,” katanya.
Sementara itu katanya, Penghargaan Sara one-off pada tahun ini kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Januari sempena Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina. – KOSMO! ONLINE

1 week ago
14

![[VIDEO] Rupa-rupanya dia nak jadikan bumi Anbiya itu rumahnya – Suami Nadia Kesuma](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/Tangkap-layar-video-Muhammad-Kamarul-tengah-bersama-pihak-Nuh-Travel-semasa-di-KLIA-Sepang-sebelum-berlepas-ke-Jeddah-petang-tadi..jpeg)












































