Reman pemuda asing serang, kelar bekas kekasih disambung 

6 hours ago 4
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 18 Julai 2025, 1:56 pm
PEMUDA warga asing (berbaju kot) itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Reman seorang pemuda warga asing disambung tiga hari bagi membantu siasatan kes menyerang dan mengelar bekas kekasihnya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Perintah lanjutan reman ke atas suspek berusia 21 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Permohonan reman itu dikemukakan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Turut menghadiri prosiding itu, peguam Muhamad Saifullah Muhamad Azmi; Chew Sin Yee; ⁠Mohd. Safwan Saleh dan M. Partiben sebagai peguam pemerhati keluarga mangsa.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penuntut wanita cedera selepas diserang dan dikelar bekas teman lelakinya dengan pisau, Isnin lalu.

Mangsa yang juga warga asing berusia 20 tahun dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |