Ramai tunggu saat akhir kibar Jalur Gemilang

19 hours ago 5
Mohd Sobri (kanan sekali) mengedarkan magnet bendera kepada pelanggan pada Program Ekspresi Jalur Gemilang Japen@ Petronas di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Utara di Seremban hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!
  • Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
  • 9 Ogos 2026, 5:57 pm

SEREMBAN – Sikap segelintir masyarakat yang menunggu saat akhir untuk mengibarkan Jalur Gemilang menyebabkan kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 ketika ini belum begitu terasa.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Mohd Sabri Abdullah berkata, sehingga ke hari ini tahap kesedaran rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang masih lagi rendah.

“Bagaimanapun, masih ada ruang untuk dipertingkatkan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia lebih meriah.

“Mulakan dari sekarang dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis dan pejabat sebagai tanda cinta kepada negara serta semangat patriotik,” katanya pada Program Ekspresi Jalur Gemilang Japen@ Petronas di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Utara di Seremban hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sabri berkata, advokasi kepada masyarakat mengenai etika pemasangan Jalur Gemilang juga turut sama diberikan perhatian oleh pihaknya bagi mengelakkan kesilapan ketika mengibarkannya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |