JIM siasat kenderaan guna logo jabatan dipandu warga asing

6 hours ago 5
Kenderaan dipandu warga asing menggunakan logo JIM tular di media sosial.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 9 Ogos 2026, 10:42 am

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan berhubung penggunaan logo jabatan pada sebuah kenderaan yang tular di media sosial dan dipandu seorang individu warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil semakan awal mendapati kenderaan berkenaan bukan milik atau aset rasmi JIM.

“JIM memandang serius penggunaan logo jabatan pada kenderaan tersebut kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta tujuan penggunaan logo JIM pada kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zakaria, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang pelanggaran. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |