Gambar hiasan.
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 9 Ogos 2026, 9:17 pm
SUNGAI BULOH – Kira-kira empat suspek bertopeng dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di daerah ini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa mengalami kerugian membabitkan barangan kemas selain kehilangan beberapa dokumen penting. PDRM sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap kesemua suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Shamie Yosup di talian 013-646 3069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
7
















































