Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat jari kanak-kanak perempuan tersepit pada eskalator di NU Sentral, petang tadi. Foto PGO KL
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 9 Ogos 2026, 9:38 pm
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mengalami kecederaan selepas jari tangan kanannya tersepit pada eskalator di NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada pukul 3.43 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah ke lokasi.
“Komander Operasi, PBK I Che Mohd Solehuddin Che Jusoh melaporkan pemeriksaan mendapati mangsa tersepit pada bahagian jari tangan kanan.
“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan dan tindakan lanjut,” katanya, hari ini. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
7
















































