Gambar hiasan
- Oleh HALISYA ISMA ZULKURNAIN
- 1 Januari 2026, 8:34 am
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan Perak dan Selangor sehingga pukul 10 pagi ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas dalam cuaca buruk itu adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
“Hujan turut diramal berterusan berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat, Selangor,” ujarnya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi bagi maklumat terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

2 weeks ago
24

![[VIDEO] Rupa-rupanya dia nak jadikan bumi Anbiya itu rumahnya – Suami Nadia Kesuma](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/Tangkap-layar-video-Muhammad-Kamarul-tengah-bersama-pihak-Nuh-Travel-semasa-di-KLIA-Sepang-sebelum-berlepas-ke-Jeddah-petang-tadi..jpeg)












































