Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,261 orang

1 month ago 28
  • Oleh KOSMO!
  • 29 Disember 2024, 11:59 pm
Sebahagian penduduk sedang menyelamatkan diri dari rumah mereka yang sedang ditenggelami banjir dengan menaiki sampan di Kampung Betong, Hulu Terengganu hari ini

PETALING JAYA – Bilangan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat kepada 1,261 orang setakat pukul 11.24 malam ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 747 orang daripada 224 keluarga.

Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kawasan terjejas iaitu di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu pula seramai 514 orang daripada 142 keluarga dan sebanyak 16 PPS dibuka di Hulu Terengganu serta Besut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |