POP MART buka kedai terbesar di The Exchange TRX

6 hours ago 4

KUALA LUMPUR – Bayangkan memasuki dunia penuh kejutan dalam setiap kotak kecil, sebuah pengembaraan keajaiban, keseronokan, dan nostalgia yang menanti untuk diterokai.

Tiada yang dapat menandingi debaran membuka kotak misteri, dengan rasa ingin tahu dan kagum. 

Oleh itu, POP MART menghidupkan semula keajaiban itu melalui ekspresi ceria MOLLY, rekabentuk indah DIMOO, dan estetika berani SKULLPANDA, di mana setiap figura membuka dimensi imaginasi yang baharu.

POP MART bukan sekadar untuk pengumpul, ia menginspirasikan kreativiti dan menyebarkan kegembiraan, membawa rasa kagum kepada semua lapisan umur. 

Dalam pada itu, melangkah masuk ke kedai POP MART, anda akan serta-merta dibawa ke alam semesta koleksi yang berwarna-warni. 

Rak-rak bercahaya dengan paparan yang memukau, figura-figura yang tinggi menarik perhatian, dan setiap siri menceritakan kisah yang unik. 

Keseronokan bertukar barang, mempamerkan koleksi yang jarang ditemui, dan melengkapkan set menjadikan hobi mengumpul ini lebih daripada sekadar aktiviti, ia menjadi satu perjalanan penemuan yang mengujakan.

POP MART Terkenal dengan mainan kotak misteri, figura premium, dan kolaborasi dengan artis serta francais terkemuka.

Kini, POP MART menjadi jenama yang terkenal di Malaysia, dengan kehadiran kedai di Pavilion Kuala Lumpur, IOI City Mall Putrajaya, Sunway Velocity Mall, Pavilion Bukit Jalil, Sunway Pyramid, dan 1 Utama Shopping Centre. 

Berikutan permintaan yang terus meningkat, POP MART kini melangkah lebih jauh dan outlet ketujuh dan terbesar di Malaysia dibuka di lokasi strategik iaitu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 2010 di China, POP MART telah berkembang menjadi kuasa global dalam industri mainan dan koleksi rekaan. 

Terkenal dengan mainan kotak misteri, figura premium, dan kolaborasi dengan artis serta francais terkemuka, jenama ini berjaya membina komuniti peminat yang setia, terdiri daripada penggemar mainan, pengumpul, dan pembeli biasa.

Tarikan utama POP MART ialah koleksi kotak misterinya, di mana pelanggan membeli kotak tertutup yang mengandungi figura misteri daripada siri tertentu, menambahkan elemen kejutan dan eksklusiviti pada setiap pembelian. 

Malah, POP MART bekerjasama dengan pereka dan francais terkenal dunia, menampilkan watak-watak popular seperti MOLLY, DIMOO, The Monsters, SKULLPANDA, dan PUCKY, serta koleksi berlesen utama dengan Disney, One Piece, Harry Potter, dan lain-lain.

Dengan pengembangan di luar China ke Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, dan Eropah, POP MART terus memperkenalkan budaya koleksi kepada khalayak baharu. 

Jenama ini mengendalikan kedai fizikal dan ROBOSHOP, mesin layan diri automatik yang menyediakan akses mudah kepada koleksi yang dicari. 

Selain itu, mereka menawarkan KOLEKSI MEGA dan figura eksklusif, yang sangat dicari oleh pengumpul di seluruh dunia.

Dengan komuniti peminat mainan pereka di Malaysia yang semakin berkembang pesat, pembukaan POP MART di The Exchange TRX, yang terletak di Aras Concourse, adalah sangat tepat pada masanya. 

Pembukaan ini akan memperkukuhkan lagi kehadiran jenama dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk koleksi unik mereka.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi POP MART yang dibuka di The Exchange TRX.

Kedai yang berkeluasan 2,876 kaki persegi ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luas dan mengasyikkan, lengkap dengan bahagian foto THE MONSTERS yang menarik untuk peminat dan pengumpul. 

Sebagai outlet premium, ia dilengkapi dengan lampu LED gradien yang terang, meningkatkan lagi suasana membeli-belah koleksi. 

Kedai ini direka dengan teliti dengan bahagian-bahagian yang khusus, termasuk KOLEKSI MEGA, kawasan POP BEAN, Kotak Misteri, dan Barangan Niaga, menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk semua pengumpul.

POP MART di Exchange TRX dibuka pada hari ini dan pengunjung jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan yang paling dicari, yang ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada. 

Antara barangan yang ditawarkan adalah MEGA SPACE MOLLY 400% Optimus Prime,  MEGA SPACE MOLLY 1000% & 400% Stitch, Figura Siri THE MONSTERS × One Piece, Figura Siri DIMOO WORLD × DISNEY,  Anak Patung Plush Vinyl THE MONSTERS Let’s Checkmate Series dan  Anak Patung Plush Vinyl THE MONSTERS ‒ FLIP WITH ME.

Promosi eksklusif adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.

POP MART menawarkan figura-figura yang menarik perhatian

Selain itu, untuk  MOLLY MOZERO ia terhad kepada 100 unit sahaja di seluruh dunia, dengan 30 unit tersedia di The Exchange TRX.

Bermula 26 April ini tawaran beg bertuah juga turut diadakan di mana pengunjung boleh dapatkan tiga  kotak misteri rawak beserta satu patung rawak hanya dengan RM150. 

Selain itu, hadiah dengan pembelian juga ditawarkan di mana dengan pengunjung perlu berbelanja berdasarkan jumlah yang ditetapkan untuk menerima Tag Bagasi ZSIGA percuma atau Sofa Kembung The Monsters Almost Hidden dan ia tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada. 

Bersedia untuk menyelami keajaiban POP MART, satu kotak misteri pada satu masa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |