DEBARAN aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin dirasai apabila saingan sudah memasuki minggu ke-33 (GW33) dengan para pemain Fantasy Premier League (FPL) gigih mengatur strategi terbaik untuk mengutip mata tertinggi.
Berdasarkan jadual minggu ini, pemain daripada empat kelab seperti Manchester City, Arsenal, Aston Villa dan Crystal Palace pastinya menjadi taruhan kerana memiliki perlawanan berganda.
Kejutan juga boleh berlaku pada aksi Wolverhampton Wanderers bertemu Manchester United selepas melakar kejutan menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 minggu lalu.
Pengurus FPL turut disaran untuk mendapatkan khidmat pemain daripada kelab yang boleh menyumbangkan mata seperti Liverpool dan West Ham United kerana menentang pasukan dalam zon penyingkiran minggu ini.
KESEBELASAN UTAMA
PENJAGA GOL
Stefan Ortega menjadi pilihan mengemudi kesebelasan utama minggu ini selepas Ederson mengalami kecederaan dan dijangka mampu menyumbangkan mata tinggi pada dua perlawanan nanti.
PERTAHANAN
Jakub Kiwior memiliki potensi besar untuk mengutip enam mata penuh ketika bertemu Ipswich Town selain tambahan mata bonus jika berjaya merakam jaringan atau mencipta gerakan gol.
TENGAH
Mohamed Salah yang gagal menjaringkan gol pada tiga perlawanan terakhir dijangka memainkan peranan selaku penggempur utama untuk menggegar gawang Leicester City minggu ini.
PENYERANG
Omar Marmoush memiliki rekod cemerlang ketika ini apabila menjaringkan enam gol dalam sembilan penampilan sejak berhijrah ke Etihad pada Januari lepas.
KAPTEN
Bukayo Saka dipilih sebagai kapten berdasarkan penyudahnya yang begitu tajam dengan jaminan gol pasti hadir menentang kelab kurang ternama seperti Ipswich Town.

CADANGAN PASUKAN
Penjaga gol
Stefan Ortega (Man. City) £5.2
Pertahanan
Jakub Kiwior (Arsenal) £4.8
Aaron Wan-Bissaka (West Ham) £4.5
Tyrick Mitchell (C. Palace) £4.8
Tengah
Bukayo Saka (Arsenal) £10.5
Mohamed Salah (Liverpool) £13.2
Morgan Rogers (A. Villa) £5.6
Mikel Merino (Arsenal) £6.1
Kevin De Bruyne (Man. City) £9.3
Penyerang
Alexander Isak (Newcastle) £9.1
Omar Marmoush (Man. City) £7.6
Simpanan
Caoimhin Kelleher (Liverpool) £4.0
Nathan Collins (Brentford) £4.5
Rayan Ait-Nouri (Wolves) £4.8
Evanilson (Bournemouth) £4.4
FORMASI: 3-5-2