‘Anak-anak kerap makan nasi campur kicap, tak mampu beli lauk’

8 hours ago 4

DUNGUN – Kehidupan seorang ibu tunggal bersama tiga anak­nya dari di Felda Jerangau dekat sini bagaikan sudah jatuh ­ditimpa tangga selepas suaminya yang juga penanggung keluarga me­ninggal dunia akibat terjatuh ketika menebang pokok pada dua tahun lalu.

Zailawati Ismail, 39, berkata, lebih menyedihkan apabila pe­nyakit Endimetriosis kronik atau ketumbuhan pada rahim yang ditanggungnya sejak enam tahun lalu menyebabkan dia sukar untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Saya ada anak-anak berusia 12 hingga 19 tahun dan kami benar-benar hilang tempat bergantung setelah kematian suami.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pembantu kedai makan tetapi terpaksa berhenti di­sebabkan penyakit ini. Pernah juga cuba berniaga air minuman di depan rumah, namun gagal kerana kerap pitam dan pengsan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Jerangau di sini semalam.

Zailawati berkata, doktor yang merawatnya juga menasihatkan agar dia tidak melakukan kerja-kerja berat.

Katanya, ekoran kesempitan hidup, dia dan anak-anak kerap makan nasi bercampur kicap selepas tidak mampu membeli lauk.

“Kami hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM400 sebulan yang perlu ­di­belanja secara berjimat.

“Kadang-kala saya rasa bersalah terpaksa menggunakan sebahagian wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anak perempuan sulung yang belajar di sebuah kolej di Kuantan, Pahang untuk membeli barangan dapur,” katanya.

Tambah menyedihkan kata Zailawati, anak lelaki keduanya, Mohd. Aiman Haikal Ramli, 16, kini terpaksa mengambil upah memotong rumput dan mengait buah kelapa sawit selepas pulang dari sekolah demi membantu keluarga.

“Kami terus diuji apabila anak bongsu, Nur Alia Batrisya, 12, patah kaki kiri selepas terjatuh ketika bermain bola jaring di sekolah pada akhir bulan lalu.

“Kalau mahu ke hospital untuk rawatan saya dan anak bongsu (Nur Alia Batrisya), kami perlu menumpang kenderaan penduduk kampung yang bersimpati,” katanya.

Zailawati juga mengakui se­ring diserang panik atau anxie­ty kerana terlalu banyak berfikir dan tertekan selain me­rasa gagal sebagai seorang ibu kerana tidak mampu memberikan kesenangan buat anak-anaknya.

Dalam pada itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Zailawati bernombor 1150041000184263 (Bank Simpanan Nasional) atau meng­hubunginya di talian 013-933 2122.

Read Entire Article
Pertanian | | | |