Luar biasa, konsert GenKRU catat 2 Malaysia Book of Records

21 hours ago 8

KUALA LUMPUR  — Kumpulan KRU melakar sejarah menerima pengiktirafan  Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pencapaian luar biasa Konsert GenKRU 2025 selama empat hari yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada trio adik-beradik, Datuk Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry menerusi penganugerahan Most Show in A Singke Concerts Series (Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert).

KRU telah melakukan persembahan konsert selama empat malam pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025.

“Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telahmenjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asalnya hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.

“KRU seharusnya berterima kasih terhadap sokongantanpa henti selama lebih tiga dekad kami berada dalam industri sehingga lahir penganjuran Konsert GENKRU 2025 selama empat malam sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR),” ujarNorman mewakili KRU.

Tidak hanya KRU, ICON Entertainment selaku penganjur turut menerima pengiktiraran MBR dengan
Most Concert Tickets Sold Out In An Hour (Penjualan Tiket Konsert Terpantas DalamTempoh 1 Jam).

Pengiktirafan tersebut diberi selepas 8,000 tiket Konsert GENKRU terjual dalam tempoh satu jam.

“Dan kami di Icon Entertainment dengan suka citaberkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang telah menjadikan Konsert GenKRU cukup luarbiasa bukan hanya kerana pembelian tiket terlaris dalamtempoh satu jam tetapi telah menjadikan konsert inigemilang dengan empat malam penganjuran!”ujarPengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Konsert GENKru yang sudah dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa seperti kumpulan Feminin, Elite dan Adam AF. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |