Limpahan minyak sawit di lebuh raya

3 weeks ago 18
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 15 Januari 2025, 8:00 pm
ANGGOTA bomba membersihkan jalan akibat tumpahan minyak sawit Kilometer (KM) 348.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Bidor, Tapah hari ini. - Foto IHSAN JBPM

TAPAH – Kemalangan melibatkan dua buah lori iaitu masing-masing satu tidak membawa sebarang muatan dan sebuah lagi memuatkan minyak sawit menyebabkan berlakunya tumpahan cecair itu di Kilometer (KM) 348.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Bidor di sini dalam kejadian pukul 12.19 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, kemalangan tersebut membabitkan dua jentera lori iaitu lori tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 47 tahun dan sebuah lagi lori membawa muatan minyak sawit mentah yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori membawa minyak sawit mentah dari arah Ipoh ke Klang, Selangor telah dilanggar lori tanpa membawa sebarang muatan yang menuju arah yang sama.

“Ini menyebabkan berlakunya tumpahan minyak sawit di semua lorong lokasi kemalangan menyebabkan kesesakan lalu lintas namun kerja-kerja pembersihan telah selesai dan aliran trafik telah kembali lancar,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |