Keadaan terkini sekitar pekarangan Pavilion Bukit Bintang.
- Oleh KOSMO!
- 31 Disember 2025, 10:31 pm
KUALA LUMPUR – Pekarangan pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang kini menjadi tumpuan warga kota bagi sambutan ambang tahun baharu tengah malam ini.
Tinjauan Kosmo! di sekitar kawasan tersebut ketika ini mendapati orang ramai mula membanjiri pusat beli-belah itu sejak pukul 6 petang.
Rata-rata mereka hadir awal ke kawasan ini bagi mendapatkan tempat menarik bagi merakam detik ambang tahun baharu 2026.
Majlis ‘countdown’ ambang tahun baharu malam ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Berita lanjut menyusul.-KOSMO! ONLINE

4 hours ago
6

















































