Kiribati negara pertama sambut Tahun Baharu 2026

7 hours ago 6
Bunga api menerangi Opera House dan Jambatan Pelabuhan Sydney tiga jam lebih awal daripada pertunjukan utama menjelang tengah malam di Sydney, Australia hari ini. - AFP
  • Oleh KOSMO
  • 31 Disember 2025, 7:32 pm

TARAWA – Ketika dunia bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2025, negara kepulauan, Kiribati secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang menyambut Tahun Baharu 2026, lapor laman berita Free Press Journal.

Terletak di tengah Lautan Pasifik, Kiribati sekali lagi mendahului sambutan global, melangkah ke tahun baharu ketika sebahagian besar dunia masih berada pada tarikh 31 Disember 2025.

Beberapa video yang dikongsikan dari negara itu menunjukkan sambutan Tahun Baharu 2026 yang meriah, dengan bunga api menerangi langit malam ketika penduduk tempatan berkumpul bersama-sama dengan kegembiraan dan semangat.

Ketibaan awal Tahun Baharu 2026 di Kiribati adalah disebabkan oleh kedudukan geografi dan zon waktunya yang unik, menjadikannya titik terawal di Bumi untuk memasuki tahun kalendar baharu. 

Selepas Kiribati, New Zealand akan menyusul untuk menyambut tahun 2026. Bandar-bandar utama seperti Auckland dan Wellington kebiasaannya menyertai sambutan sekitar 90 minit kemudian.

Di hujung lokasi yang lain, Samoa serta Kepulauan Howland dan Baker yang tidak berpenghuni adalah antara tempat terakhir di dunia yang mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2025, sekali gus secara rasmi menamatkan peralihan Tahun Baharu 2026 di seluruh dunia. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |