Kakitangan kerajaan dapat cuti kahwin 10 hari, gaji penuh

5 hours ago 4
  • Oleh KOSMO!
  • 17 Julai 2025, 10:30 pm
KAKITANGAN kerajaan akan mendapat cuti kahwin selama 10 hari di Dubai. - Foto AFP

DUBAI – Semua kakitangan kerajaan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berhak mendapat cuti kahwin selama 10 hari dengan gaji penuh, lapor laman berita Gulf News semalam.

Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang juga pemerintah Dubai, mengeluarkan Dekri No. (31) tahun 2025 mengenai cuti perkahwinan untuk kakitangan kerajaan wilayah tersebut.

Dekri itu terpakai kepada pekerja-pekerja yang bekerja di entiti kerajaan.

Pekerja pihak berkuasa yang menyelia zon pembangunan khas dan zon bebas termasuk Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai juga berhak mendapat cuti tersebut. 

Ia termasuk anggota pihak berkuasa kehakiman dan anggota tentera.

Dekri itu juga membenarkan pekerja untuk menggabungkan cuti perkahwinan dengan mana-mana cuti lain yang mereka berhak di bawah perundangan sumber manusia. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |