Jodoh liat lima bujang tua Bollywood

2 weeks ago 20

BIARPUN memiliki rupa paras yang kacak dan jelita serta diulit kemasyhuran sebagai bintang filem, itu bukan jaminan akan menemui cinta sejati sebagai teman sehidup semati.

Jika ramai bintang Bollywood lain telah menemui pasangan hidup masing-masing dan memiliki keluarga bahagia, masih ada yang belum bertemu jodoh sehingga saat ini.

HibGlam senaraikan lima bintang terkenal Bollywood yang masih belum bertemu belahan jiwa ketika usia sudah memasuki fasa emas.

Tabu

Pada usia 54 tahun, Tabu masih kekal relevan sebagai pelakon. Bakat dimiliki bahkan telah membawanya terbang sehingga ke Hollywood. Begitu pun, tuah aktres Crew itu untuk bergelar seorang isteri begitu liat. Sewaktu muda, dia dikatakan pernah bercinta dengan aktor Sanjay Kapoor dan pengarah filem Sajid Nadiawala. Tabu juga pernah berpacaran dengan aktor filem Telugu, Nagarjuna.

Akshaye Khanna

Berwajah tampan dan menjadi kegilaan pada zaman kegemilangannya, siapa sangka pelakon yang popular dengan filem Taal itu masih belum bertemu jodoh hingga sekarang.
Kata pelakon berusia 50 tahun itu, dia tidak nampak dirinya sebagai lelaki yang sesuai untuk berkeluarga. Bahkan dia enggan dirinya dikawal oleh orang lain.

Bukan tidak laku, Akshaye pernah menjalin hubungan dengan aktres Tara Sharma dan Riya Sen. Dia malah pernah mengaku terpukau dengan kejelitaan Aishwarya Rai sewaktu mereka membintangi filem Ab Ab Laut Chalen. Sayangnya, ketika itu Aishwarya sedang berpacaran dengan Salman Khan.

Amisha Patel

Amisha Patel pernah menggegarkan industri Bollywood pada awal tahun 2000 menerusi debutnya dalam filem blockbuster Kaho Na Pyar Hai di samping Hrithik Roshan.
Wajah jelita serta personalitinya yang manja bisa mencairkan hati ramai lelaki. Namun, entah mengapa sehingga kini Amisha, 50, belum naik pelamin. Mungkin dia serik dengan empat lelaki yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengannya sebelum ini yang merupakan suami orang.

Salman Khan

Satu-satunya hero dalam kalangan ‘Khan’ yang masih bujang. Biarpun sehingga kini belum bertemu jodoh, Salman telah beberapa kali bercinta dengan jelitawan terkenal Bollywood antaranya Aishwarya Rai dan Katrina Kaif. Namun, khabarnya aktor yang kini berusia 60 tahun itu pernah hampir berkahwin dengan kekasihnya, Sangeeta Bijlani sekitar awal 1990-an dahulu.

Sushmita Sen

MILIKI segala kriteria dambaan lelaki, Sushmita Sen yang merupakan pemenang mahkota Miss Universe 1994 rupa-rupanya masih membujang sehingga hari ini. Jelitawan itu pernah bercinta dengan model kacak yang lebih muda daripadanya, tetapi hubungan mereka putus di tengah jalan. Dia juga pernah bercinta dengan aktor Randeep Hoods selama dua tahun.
Kini pada usia 50 tahun, dia lebih selesa hidup bertemankan dua anak angkatnya yang sedang meningkat dewasa.

Read Entire Article
Pertanian | | | |