MANTIN – Kejayaan seorang pemain melakukan pukulan terus ke lubang (hole-in one) mewarnai pusingan keenam Kejohanan Golf Perniagaan Asia (ABGC) di yang berlangsung di Kelab Golf Staffield di sini Khamis lalu.
Shahrul Erman dari VFire Technologies Sdn. Bhd. membawa pulang set sofa mewah Gavyn tajaan Fella Design bernilai RM10,815 selepas melakukan pukulan itu di lubang 11 di lapangan Southern.
ABGC dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu menarik penyertaan seramai 90 pemain bagi menguji strategi, kesabaran dan semangat berpasukan selain membina hubungan perniagaan yang bermakna sambil berkongsi minat sama.
“Shahrul dan rakan sepasukan, Mohd. Hazrain muncul juara kategori gross apabila mencatatkan lima dibawa par manakala tempat kedua dimenangi pasukan Mohd Hizir dan Razid Sukiran dari Can Builders Sdn Bhd.
“Pasukan Maulana Sports Sdn Bhd, Ahmad Farhan Abdul Wahab dan Mohd. Firdaus Ahmad menduduki tempat ketiga selepas mencatatkan skor gabungan dua di bawah par,” katanya.
Menurut ABGC, pasangan Amir Benno dan Norhanar Jaafar dari Hemat Navigation Sdn. Bhd. merangkul hadiah utama menerusi kiraan semula (countback), tempat kedua dimenangi gandingan Event Pro Venture, Hafizi Zainal dan Mohd Azlan Ahmad manakala Fadzrul Abbas dan Zailani Khuzaimah dari Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ketiga.
Tambahnya, kesemua pemenang menerima trofi serta hadiah penjagaan diri Panasonic Malaysia. Juara kategori gross dan nett akan melangkah ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di The Els Club Teluk Datai, Langkawi pada 11 hingga 14 Oktober.
Diadakan di bawah Naungan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, ABGC menampilkan tujuh pusingan kelayakan di kelab-kelab golf berprestij di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pusingan kelayakan kedua terakhir dijadualkan pada 24 September di Templer Park Country Club.
Dianjurkan oleh Elora Global, penaja utama acara ini ialah pemaju hartanah yang berpangkalan di Selangor, Kueen Lai Group of Companies. Penaja-penaja utama yang lain termasuk Konsortium Jaringan Selangor, Enotech, Panasonic, Spectrum Outdoor, dan Kusel.
Rakan penaja yang turut memainkan peranan penting dalam menyokong ABGC ialah Avisena Healthcare, Tenaga Nasional, Air Selangor, Ancom Nylex Berhad, World Klang Group, Skechers Golf, dan Avant Aegis, manakala BMW Millenium Welt KT, Iroas Timepiece, Fella Design & Bridgestone Golf hadir sebagai penaja ‘Hole-in-One’.
Penaja lain termasuk CrestLink, Bridgestone Golf, Batik Air, dan Fraser & Neave Holdings, Selgate Corporation, Ascend SP (M) Sdn Bhd, NTT Data Payment Services, Zus Coffee, Throatsil, Acti Tape, NuNature, LeBotanique, Trinidad Hospitality, Ninety Go, Slingshot, Jake’s Charbroil, Le Botanical, Adsmunch, Pixel Block, The Signature 7 Hotel & Serviced Suites, Mike Golf & Event Transpro, Cocoqi, dan Twinfish.
ABGC turut mendapat sokongan daripada Persatuan Golf Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Menteri Besar Incorporated, di samping kelab golf hos seperti Kota Permai, Glenmarie, Royal Perak, Tropicana, Horizon Hills, Staffield, Templer Park dan The Els Club.

11 hours ago
8
















![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)



















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)









