Anwar, Sultan Brunei adakan pertemuan empat mata sempena ALC-27

14 hours ago 10
Anwar mengadakan pertemuan bersama Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan, hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 22 Ogos 2026, 2:25 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27), hari ini.

Anwar berkata, pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pemimpin bertukar pandangan secara terbuka dan mesra mengenai pelbagai perkara berkepentingan bersama.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk saya dan Paduka Seri Baginda Tuanku bertukar pandangan secara terbuka dan penuh mesra terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama.

“Berteraskan hubungan akrab, kepercayaan dan persahabatan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar tiba di Brunei, semalam bagi lawatan kerja selama dua hari untuk menghadiri rundingan tahunan berkenaan yang menjadi platform kedua-dua negara membincangkan isu kepentingan bersama serta memperkukuh hubungan dua hala. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |