IPOH – Anak sulung mangsa kemalangan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu lalu mengakui nahas yang meragutnya nyawa bapa serta dua adik perempuannya itu berat untuk ditempuh.
Siti Nor Shakira Shaik Mohd. Firdaus, 28, dalam hantaran di Facebook berkata, dia tidak mampu berdepan detik sukar itu, namun perlu menguatkan diri demi ibu tersayang dalam cedera dalam kemalangan membabitkan lori imigresen tersebut.
“Ya Allah, aku tak mampu nak hadap semua ini. Tapi aku cuba kuat untuk hadapi. Aku kuat untuk ibu aku.
“Besar sangat ujian aku kali ni. Sehari sebelum ulang tahun kelahiran aku, aku diuji sekelip mata kehilangan seorang ayah dan kedua-dua adik aku,” katanya dalam hantaran hari ini.
Hantaran Siti Nor Shakira di Facebook hari ini.Kosmo! sebelum ini melaporkan, tiga beranak maut selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi Rabu lalu.
Tiga mangsa tersebut ialah pesara tentera, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anaknya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.
Isteri Shaik Mohd. Firdaus, Norhayati Razali, 55, pula cedera dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Seorang lagi anak pasangan itu, Siti Nor Shakira bagaimanapun tidak terlibat dalam kemalangan kerana tidak mengikuti keluarganya bercuti di ibu negara.
Siti Nor Shakira berkata, sehingga hari ini dia masih tak mempercayai bahawa mangsa kemalangan maut itu merupakan ahli keluarganya.
“Keluarga kami kecil sahaja, daripada lima orang sekarang hanya tinggal dua. Allah, aku tak mampu nak hadap semua ini tapi aku kena kuat demi ibu aku,” kongsinya.
Katanya, dia akan merindui kenangan bersama bapa dan dua adiknya termasuk kata-kata mereka seperti ‘along, jom makan’ oleh bapanya, ‘mat, jom pergi pasar malam’ (Siti Nor Sazlim) dan ‘along, belanja Auni’ (Siti Darwisyah Auni).
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana semua laporan mengenai keluarganya menyatakan perkara yang baik.
“Semua yang baik-baik sahaja aku baca tentang mereka dan aku tak sangka mereka sebaik itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
7
















![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)



















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)









