PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle terbuka sekiranya dua anaknya, Muhammad dan Aurora memilih kerjaya bidang seni dan lakonan sebagai kerjaya satu hari nanti.
Mula menunjukkan minat, Diana, 36, bagaimanapun berpesan kepada dua anaknya agar menjadi pelakon yang berilmu dan tidak hanya menagih populariti semata-mata.
“Apa pun, perlu jadi orang yang bijak sebab dalam dunia lakonan ini, kita kena banyak pakai otak, bahasa kasar itu.
“Jadi kita tak boleh masuk industri dengan otak kosong. Bukan sekadar nak terkenal atau mahu dapat duit sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini baru-baru ini.
Ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama Bisikan Pontianak, dia berkata, pemilihan naskhah juga adalah penting bagi memastikan kerjaya seni berjalan baik.
“Tapi kalau nak karya-karya yang kalau orang tengok you pun rasa seronok dan bukan yang nak kecam, itu bagus.
“Nak masuk industri ini dan jadi anak seni tidak mudah.
“Selagi mereka ada kesungguhan, jaga tatatertib dan profesionalisme di set penggambaran, saya pasti semuanya akan okey,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia tidak mahu memanjakan anak-anaknya menerima tawaran lakonan tanpa hadir ke sesi uji bakat seperti pelakon lain.
Jelasnya, Muhammad dan Aurora perlu merasai setiap kesulitan termasuk berusaha mendapatkan dan membina nama dan tidak mengharap tawaran lakonan hanya disebabkan memiliki ibu bapa yang bekerja dalam bidang sama.
“Saya kalau boleh tak mahu anak-anak berada dalam industri ini tetapi mereka orang sendiri inginkan dan tunjuk minat.
“Kita tak boleh halang keinginan itu sebab nanti akan jadi lain pula.
“Cuma biarkan mereka tahu kesusahan di set penggambaran itu macam mana, rasai betapa melekit, panas dan tidak tidur. Selepas lalui semua itu, barulah mereka boleh buat keputusan sama ada ingin teruskan atau sebaliknya.
Dalam pada itu, dia tidak kisah dilabel sebagai ibu yang menggunakan ‘kabel’ bagi mendapatkan peluang lakonan buat anak-anaknya.
“Saya tidak kisah kalau orang kata saya guna kabel untuk anak-anak. Namun, prestasi mereka sendiri yang akan menentukan sama ada ruang itu terus terbuka atau tidak.
“Kalau saya buat macam-macam pun, tetapi mereka masih macam itu, industri sendiri yang akan buat pilihan.
“Sampai suatu tahap, mereka sendiri kena cari jalan dan buktikan kepada orang yang mereka layak berada dalam bidang ini,” jelasnya.
Terdahulu, Aurora, 11, membuat kemunculan sulung menerusi drama terbitan Unifi Original iaitu Bisikan Pontianak yang turut dibintanginya bersama Datuk Remy Ishak, Nadia Brian dan Kazar Saisi. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
9
















![[VIDEO] ‘Kau ingat kepala member aku ni bola?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pomen-kepala.jpeg)


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)



















![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)









