EPL: Man. United rasai kehilangan tonggak

2 weeks ago 24

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui pasukannya kekurangan kualiti untuk mencatat kemenangan selepas hanya mampu terikat 1-1 menentang Wolves di Old Trafford awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan Wolves meraih mata ketiga musim ini selepas tewas 12 perlawanan berturut-turut apabila Ladislav Krejci menanduk masuk gol penyamaan selepas Joshua Zirkzee membuka tirai jaringan,

Pada perlawanan itu, United kehilangan khidmat pemain tonggak, Bruno Fernandes, Mason Mount dan Kobbie Mainoo ekoran masalah kecederaan, manakala Bryan Mbeumo dan Amad Diallo menjalani tugasan di Piala Negara-Negara Afrika.

“Kami kekurangan kualiti menyebabkan perjalanan perlawanan tidak begitu lancar. Kami tidak mampu mencipta banyak peluang, kemudian kami bolos menerusi situasi bola mati.

“Kesemua elemen tersebut adalah penting untuk kami memenangi perlawanan. Namun, kami kehilangannya menyebabkan perlawanan ini menjadi sukar,” katanya.

United ketika masih gagal untuk menembusi kelompok empat pasukan terbaik dan masih gagal untuk mengukuhkan kedudukan bagi meraih slot beraksi di pentas Eropah dengan sekurang-kurangnya meraih slot ke Liga Europa.

Bagaimanapun, Amorim masih percaya mereka mampu mengakhiri saingan musim ini dengan kedudukan lebih baik selepas kembali mendapatkan khidmat pemain-pemain tonggak.

“Saya fikir kami berdepan situasi di mana pemain-pemain penting terpaksa disisihkan serentak. Sudah tentu berbeza apabila meletakkan Casemiro dan Manuel Ugarte di posisi tengah, berbanding jika memiliki Fernandes, Mainoo dan Mount.

“Kami hanya perlu memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik dan sebaik pemain pulang dari AFCON, kami mampu untuk mendapatkan semula rentak. Saya tidak ragu bahawa kami akan menjadi pasukan yang lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |