EPL: Amorim perlu berikan kepercayaan

3 weeks ago 15

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim bersedia untuk menurunkan khidmat pemain muda menjelang aksi menentang Everton di Goodison Park malam ini selepas pasukan itu dilanda krisis kecederaan.

Pertemuan menentang Everton cukup penting buat The Red Devils untuk mereka memperbaiki kedudukan selepas sekadar menghuni tangga ke-15 ketika ini selepas mereka sekadar memiliki kelebihan 12 mata berbanding pasukan di zon penyingkiran berbaki 12 perlawanan musim ini.

Kekalahan kepada Tottenham Hotspur 0-1 sebelum ini menyebabkan tekanan terhadap Amorim meningkat dan mereka harap dapat mengulangi aksi pertama musim ini ketika menewaskan Everton 4-0 di Old Trafford.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa Everton, United dijangka tidak berdepan laluan mudah terutama isu kecederaan memaksa Amorim menggunakan khidmat pemain muda termasuk Chido Obi-Martin yang berkemungkinan besar akan berada dalam kesebelasan utama.

Chido Obi membuat debut ketika menentang Spurs sebelum ini dengan tempoh yang singkat, namun berjaya mempamerkan aksi yang disifatkan memiliki masa depan yang cukup cerah bersama United.

Bekas pemain pertahanan United, Phil Jones percaya bahawa United memiliki masa depan yang lebih baik berdasarkan senarai pemain muda di akademi pasukan itu ketika ini dan Amorim perlu mula memberikan kepercayaan kepada mereka yang berpotensi.

“Skuad berdepan masalah kecederaan menentang Tottenham dan bangku simpanan dipenuhi pemain muda, tetapi mereka adalah pemain berbakat. Orang ramai mungkin tidak tahu terlalu banyak mengenai mereka, namun mereka mampu terkenal dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Anda boleh lihat Kobbie Mainoo, sudah berada pada tahap tertinggi. Chido juga pemain yang sangat luar biasa dan dia perlu diberikan lebih banyak peluang,” jelasnya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |